Pages

Tuesday, August 23, 2011

Kakitangan awam dapat Bonus? Ada yg tersirat...

Jumaat, 5 Ogos 2011


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut bonus dua bulan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, isu yang berpotensi besar untuk dikait dengan politik sebab time-time macam ni la segala tuntutan akan ditunaikan untuk meraih sokongan menjelang PRU13 yang dah tak lama lagi dah..



Isu tuntutan bonus kakitangan awam ni yang melibatkan lebih 1 juta orang akan memberi kesan yang amat besar dalam meraih sokongan terhadap kerajaan yang memerintah. Kalau tak bagi, maka sokongan pun akan pudar, silap-silap terus bungkus dalam PRU akan datang...

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh...


Sekarang ni dengan kos sara hidup yang tinggi kesan dari kenaikan harga barangan keperluan sehingga kos hidup dijadikan salah satu bidang keberhasilan utama nasional oleh pentadbiran era Najib. Dengan erti kata lain, kerajaan menjadikan kenaikan harga barangan sebagai sumber pendapatan negara.


Kakitangan awam yang sejak kebelakangan ini tidak menikmati bonus sekali lagi melahirkan harapan untuk menerima ganjaran tersebut, ekoran tuntutan terbaharu Cuepacs, yang segera mendapat reaksi daripada pelbagai pihak terutama apabila Felda di beri hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk perbelanjaan hari raya yang bakal menjelang tiba nanti. Pemberian hadiah wang kepada Felda ini lebih dilihat sebagai cara untuk memenangi hati peneroka Felda yang sokongan mereka kepada pemerintahan Najib agak berkurangan sekarang ini.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Sebelum ni, perhatian terarah terhadap guru dimana ianya mewujudkan persaingan antara Pakatan Rakyat dan pihak kerajaan dimana Pakatan Rakyat menjanjikan ganjaran yang agak lumayan jika berjaya mengambil alih pemerintahan pusat.


Keputusan sama ada bonus diberikan, dan jumlah ganjaran yang bakal diputuskan nanti dijangka mengundang reaksi segera dan meluas yang berpotensi memberi kesan kepada populariti kerajaan pimpinan Najib dan yang akan turut memberi kesan terhadap PRU13 nanti..


Cuepacs juga menegaskan mereka menuntut pemberian bonus dan bukan pemberian-pemberian lain seperti sebelum ini, yang jumlahnya jauh kurang berbanding bonus seperti yang dituntut. Jangan lain yang di tuntut, lain yang di bagi.


keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..


Kerajaan Malaysia sendiri mempunyai jumlah menteri kabinet yang ramai berbanding aktiviti dan jumlah rakyat negara ini. Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan, selain Kementerian Pelajaran, diwujudkan juga Kementerian Pengajian Tinggi, di samping pelbagai portfolio yang kelihatan tidak jelas dan tidak diletakkan di bawah kementerian yang sewajarnya.


Berlaku banyak pembaziran dalam pentadbiran era Najib ni. Tu belum lagi kira kegilaan yang di cetuskan oleh bini Najib sendiri dalam mengatasi tabiat nya yang gila bershopping barangan-barangan branded dimana pada waktu ini rakyat pulak di himpit dengan kos sara hidup yang meningkat naik tanpa ada hadnya langsung. Hanya pandai nasihat supaya rakyat berjimat cermat tetapi bini dia sendiri melakukan pembaziran yang menelan belanja jutaan RM.

No comments:

Post a Comment