Pages

Saturday, October 15, 2011

Kuala Lumpur Pusat Pelacuran Kanak-Kanak !

Aktivis hak kanak-kanak mendapati Kuala Lumpur telah mula bertukar menjadi pusat pelacuran kanak-kanak yang meriah sekarang ini. Terdapat ribuan pelacur kanak-kanak beroperasi di KL dan kebanyakannya adalah magsa penyeludupan manusia.

Mereka yang didapati melacurkan diri atau dipaksa melacur berumur semuda 13 tahun berasal dari Malaysia, Indonesia dan juga India. Mereka beroperasi dengan menyewa apartment-apartment murah bagi mengelakkan diri dari ditangkap pihak polis.

Dikatakan para bapa atau ibu ayam beralih kepada industri pelacuran kanak-kanak kerana harganya tinggi dan untungnya banyak. Harga langgangan seorang kanak-kanak untuk khidmat seks mencecah sehingga USD100.


Kesempitan hidup menyebabkan kanak-kanak ini ditipu atau dipaksa melacurkan diri mereka. Rupanya ramai manusia binatang kat negara "Islam" Malaysia ini. Manusia seperti inilah yang perlu kita berikan perhatian bagi membenterasnya, bukannya membenteras mereka yang mengambil remaja/kanak2 bawah umur untuk dijadikan isteri setelah melalui prosedur yang betul.

Apabila ada perkahwinan remaja perempuan bawah umur, satu Malaysia bangun melenting, Menteri, NGO, SIS, entah apa-apa lagi nama mereka, kenapa isu yang seberat ini mereka tak bangun menentang, buatlah sesuatu, kalau boleh!.

Saya tertanya-tanya siapa agaknya pelanggan pelacur kanak-kanak ini, adakah dari kalangan rakyat kita atau rakyat luar?.

No comments:

Post a Comment