Pages

Tuesday, August 23, 2011

PAS v/s Umno.? Rugi jika bersatu..


Mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan dakwaan 'pengkhianat Islam' hanya boleh diterima pakai untuk pihak yang membenci kepada perpaduan umat Islam dan bukan terhadap penentang penyatuan Umno dan PAS.


Katanya, demi keseimbangan politik negara, adalah lebih baik bagi Umno dan PAS meneruskan perjuangan masing-masing.

"Saya tidak fikir asimilasi parti ke dalam parti yang lain yakni PAS menjadi Umno, Umno menjadi PAS akan membuahkan hasil keseimbangan politik dalam negara kita.



"Kalau PAS menjadi Umno, Umno menjadi PAS nanti tidak akan ada keseimbangan parti politik. Apa yang akan ada hanya kerakusan kuasa dan wewenang (hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu atau untuk mengeluarkan perintah),” kata Dr Asri ketika diwawancara TV Selangor.

P/S: Warghkahkahkahkahkahkahkahkah...


Mufti Perlis kata sesiapa yg menentang penyatuan PAS dgn Umno adalah bukan pengkhianat.. pengkhianat adalah mereka yang memecah belahkan perpaduan umat islam .pas tidak akan dapat berjuang dengan baik jika bersatu dengan umno .kerana umno bukan perjuangkan ideologi islam sebaliknya nasionalisme ??


Kalau dah bersatu, mana keseimbangan politik dalam Malaysia ni? Tidak salah untuk PAS dan Umno cuba mencari titik persefahaman atas isu-isu kepentingan sama yang boleh memartabatkan syiar Islam di negara ini tapi bukan nak bersatu dlm 1 gabungan parti dan di dokong pulak atas prinsip perkauman yg mana lebih mementingkan bangsa dari agama..


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang mana parti Umno BeEnd ni terpalit dengan pelbagai kontroversi terutama nya salah guna kuasa dan rasuah yang berleluasa..


Adakah kita mau seluruh dunia melabel kita sebagai sebuah negara Islam yang di penuhi dengan kontroversi dan tinggi dengan isu jenayah dan rasuah peringkat pimpinan atasan..


Disini lah kepentingan PAS sebagai sebuah Parti yang menentang kemungkaran yang telah lama sebati dengan Umno/BeEnd dan visi ini menjadi teras penggabungan dalam Pakatan Rakyat..

No comments:

Post a Comment