Pages

Tuesday, August 23, 2011

Pemilihan PAS, apsal Umno pulak yg kelam kabut buat ulasan??

Pemilihan PAS pada Muktamar yang ke 57 sudah berakhir dan segala persoalan tentang siapa yang akan di lantik jadi orang nombor 2 pun dah terjawab tapi mengapa pihak Umno yang jadi musuh utama PAS melalak bagai orang mati bini bila keputusan yang dah di ketahhui memihak kepada Abang Mat Sabu?

Hampir semua pimpinan atasan Umno kelihatan resah dengan keputusan ini, apa yang mereka gusar kan sangat tu? Kalau siapa pun yang di angkat menjadi pimpinan, apakah Umno berasa selamat jika jawatan itu jatuh kepada orang lain selain dari Abang Mat Sabu?

Ini yang cuba di buktikan oleh PAS, apabila tampok kuasa yang di atas kurang berkesan, maka perubahan perlu di lakukan untuk menempa kejayaan di hari muka. Apakah itu merupakan satu kesalahan? Yang kita tahu ialah Umno lah yang dari dulu, kini dan selamanya yang tidak akan berubah-ubah walaupun mendapat signal yang terang lagi nyata dari rakyat..

Apa pun, yang jelas ialah PAS sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.


Berlainan dengan Umno, PAS tidak menangguhkan pemilihan parti semata-mata kerana khuatir saingan untuk jawatan akan memecah belahkan parti dan menggugat peluangnya dalam pilihan raya umum. Nyata dalam PAS perbezaan pendapat itu di raikan dengan semangat untuk melihat kejayaan dapat di capai dan bukan dengan mencantas sesama ahli seperti lazimnya yang terjadi dalam Umno..


Media arus perdana khususnya Utuseks Meloya
akan cuba memaparkan PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai golongan ulama. Tentunya modal ini akan diambil oleh Umno untuk dijual pula kepada pengundi.

Namun, walaupun bertukar nakhoda, itu pun cuma diperingkat Timbalan dan ke bawah sahaja, hala tuju PAS tetap sebagaimana yang terpacak dalam matlamat perjuangannya.



Semua yang dipilih oleh perwakilan PAS pada kali ini sebenarnya sebati dengan perjuangan PAS, Abang Mat Sabu, Hj Husam dan yang lain-lain adalah orang lama yang bergerak sealliran dengan liku-liku perjuangan PAS.

Mereka adalah veteran dalam parti yang faham sentimen akar umbi PAS dan pada masa sama mempunyai sifat dinamis untuk berkerjasama dalam kerangka Pakatan Rakyat bagi mencapai matlamat PAS membangun negara berkebajikan.


Serangan hebat paper mainstream tajaan Umno dah mula membuat serangan yang makin hebat hanya untuk memastikan agenda sempit Umno menjalin kerjasama politik dengan PAS tidak kecundang. Namun akhirnya rancangan Utusan-Umno itu nampaknya gagal juga.

Pemilihan muka-muka baru termasuk Abang Mat Sabu dan Hj Husam bermakna mereka kini memikul tanggungjawab besar untuk membantu Hadi mengemudi PAS dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perwakilan membuat pilihan sedemikian kerana menyifatkan mereka sebagai gandingan terbaik untuk misi berkenaan. Sebuah misi yang mampu mengubah landskap politik Malaysia dan menjanjikan pembaharuan-pembaharuan yang didahagakan oleh rakyat, Islam dan bukan Islam.

No comments:

Post a Comment